Seorang wanita maut selepas bas persiaran dinaikinya mengalami kemalangan dengan sebuah treler di kilometer 425.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan.<br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.53 pagi, pada Jumaat.
